Want your
own Fotopage?








 
Basharah's FotoPage

By: Basharah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Monday, 31-Mar-2008 01:47 Email | Share | | Bookmark
Aiman - 4 dan 6 bulan

Aiman 3 bulan
Aiman 5 bulan ada 4 batang gigi
Aiman 3 dan 5 bulan.

Add comment


Monday, 18-Sep-2006 00:27 Email | Share | | Bookmark
Badrul Aiman

Aiman baru lahir
Aiman lepas mandi
Aiman satu bulan
Sejuknya ..
Sedang tunggu untuk dimekap
 
View all 9 photos...
Tak sangka....9 mei 2006 hari yang amat menyakitkan dan hari amat berbahagia. Sakit teramat sangat kerana nak bersalin. Setelah sakit 15 jam akhirnya aku kena seasor kerana tidak dapat melahirkan secara normal. Bahagia kerana jam 11.55 Badrul Aiman selamat. Wajahnya jadi penawar semua kesakitan. Ingatkan Badriah Aisyah yang dah 9 tahun jadi anak bongsu rupa-rupanya ada sorang lagi lahir ... Badrul Aiman. Semua gembira menyambutnya dengan ..alhamdulillah..syukur. Aiman sihat, sempurna dan normal. Selain dari itu dia montel dan comel. Sekarang dia dah 4 bulan. Kenakalan semakin terserlah.

Add comment


Wednesday, 18-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Cerita Badriah Aisyah - anak ke 3.

6 tahun
Kesian..rongak - darjah 1
Dengan Najiha di Masjid Putra
View all 9 photos...
Budak ni nakal sikit jer, dan manja pun sikit jer, maklum anak bongsu. Dia rajin tolong mak kan? Rajin mengaji..dah baca Quran. Rajin belajar jugak kan? Besar nanti nak jadi doktor ... takut lipas jer, darah tak kesah.

Add comment


Wednesday, 16-Mar-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan kat Langkawi

Makan Laksa
Hm..sedap, 1.50 jer
Lar..matahari dah terbenam
View all 10 photos...
Langkawi masa ni panas sangat jadi tak banyak berjalan. Malas nak keluar.

Add comment


Wednesday, 26-Jan-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Tsunami

 
 
 
View all 6 photos...

Add comment


Friday, 14-Jan-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kak Long

Terima Anugerah Pengetua
Kak Long ngan kengkawan
3 dara di gerbang kegembiraan selepas PMR
View all 5 photos...
Kak Long, berkat usaha dan doa dari kita semua Kak Long berjaya dapat 8A dalam PMR. Tahniah sayang. Tapi...kejayaan sebenar masih jauh. Kak Long kena menempa satu lagi kejayaan 10 A1 dalam SPM. Kak Long kena kerja lebih kuat. Mak sentiasa doakan Kak Long dapat apa yang Kak Long impikan. Mak tau bukan senang tapi...insyallah berkat usaha dan doa semuanya akan terjadi.

Mak tau tingkatan 4 dan 5 lebih mencabar. Sains tulen memang susah. Itulah keistimewaan orang seperti Kak Long diberikan cabaran yang susah-susah bukan yang senang-senang. Kalau dah senang bukan cabaran namanya...

Ingat tak Kak Long kata apa? Orang ni akan bersungguh-sungguh bila ada tekanan? Jadi segala kesusahan pelajaran tu adalah tekanan untuk Kak Long berusaha lebih bersungguh-sungguh.

Jangan terpengaruh dengan kawan-kawan yang suka membawa gejala negatif dalam hidup kita. Bila Kak Long berkawan..berkawanlah dengan ikhlas. Carilah group study yang sesuai.

Selamat menjalani kehidupan baru di MRSM Langkawi tu. Mak tengok dalam internet tempat tu cantik. Monyet ada ke tak der tak taulah pulak. Kalau ada pun harap-harap tak seteruk monyet MRSM Terendak. Apa-apa pun mereka juga hidupan yang perlu dihormati.

Nanti kalau rindu kat Mak selalu lah buka website ni tengok gambar-gambar kitorang. Nanti mak update website ni bila da masa. Kak Long pun boleh edit juga.

wah..mak terharulah.... ..... Fri 14-Jan-2005 07:59
Posted by:kak long
wah mak terharulah.... Fri 14-Jan-2005 08:01
Posted by:kak long
mak gamba kiter biler pulak:groucho: tak saba nak tengok Wed 19-Jan-2005 15:21
Posted by:nina
Add comment


Monday, 10-Jan-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Makan Angin Kat Beijing

Depan rumah Jackie Chan
E..geram..cantik
Bawah pokok sakura
View all 18 photos...
Bulan April 2004 saya dan kawan-kawan jadi juga ke Beijing setelah beberapa kali tergendala. Nak jimat belanja kami naik China Airlines. Dari KLIA malam sampai Beijing 8.00 pagi. Suhu masa tu 6 C. Musim bunga tapi sejuk sebab windy. Ingat kot musim bunga tu nyaman tak sejuk dan tak panas. Jadi tak bawak baju tebal. Lepas check-in Hotel terus pergi shopping cari baju tebal..baru lega. Kat Beijing banyak restoren Halal. Kenyanglah makan. 5 hari saya di sana memang berjalan habis. Keluar pagi balik malam. Banyak tempat menarik dan bersejarah kami pergi dan tak lupa shopping kain sutera dan jade.

Yang paling saya seronok bisalah..bunga.. hai..cantiknya bunga cherry blossom tengah putik dan kembang, bunga sakura dan peach menghiasi tepi jalan-jalan.

Beijing memang best... Mon 10-Jan-2005 08:26
Posted by:adiputra
a'kum kak..!! best nyer tgk gambo.. InsyaAllah sy akan ke sana this school holiday coming August..!! Fri 3-Jun-2005 07:44
Posted by:izwina
Add comment


Friday, 7-Jan-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Melawat Capetown

Ni rumah belanda
Tugu apartet
Penguin
View all 16 photos...
Melawat Capetown satu pengalaman yang menyeronokkan. Pemandangannya cantik. Udara nyaman dan sejuk kerana ketika itu musim bunga. Saya seronok melihat pokok-pokok epal, peach dan pear yang penuh dengan bunga di sepanjang perjalanan menuju ke Cape of Good Hope. Ladang-ladang anggur sedang rancah mengeluarkan daun-daun. Pemandangan ladang anggur yang luas saujana mata memandang kelihatan seperti petak-petak sawah padi dari atas kapal terbang.

seronoknyer...... Fri 7-Jan-2005 03:17
Posted by:adiputra  - [Link]
hey Basharah! Happy New Year & Welcome to the world of photoblogging Fri 7-Jan-2005 04:54
Posted by:kidchan  - [Link]
KS!! tengok aku pun visit ur page come u also say hi kat page aku!! Fri 7-Jan-2005 07:53
Posted by:Mei Joon
Add comment


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web02.fp.pidgintech.com