Melawat Capetown satu pengalaman yang menyeronokkan. Pemandangannya cantik. Udara nyaman dan sejuk kerana ketika itu musim bunga. Saya seronok melihat pokok-pokok epal, peach dan pear yang penuh dengan bunga di sepanjang perjalanan menuju ke Cape of Good Hope. Ladang-ladang anggur sedang rancah mengeluarkan daun-daun. Pemandangan ladang anggur yang luas saujana mata memandang kelihatan seperti petak-petak sawah padi dari atas kapal terbang.