Tak sangka....9 mei 2006 hari yang amat menyakitkan dan hari amat berbahagia. Sakit teramat sangat kerana nak bersalin. Setelah sakit 15 jam akhirnya aku kena seasor kerana tidak dapat melahirkan secara normal. Bahagia kerana jam 11.55 Badrul Aiman selamat. Wajahnya jadi penawar semua kesakitan. Ingatkan Badriah Aisyah yang dah 9 tahun jadi anak bongsu rupa-rupanya ada sorang lagi lahir ... Badrul Aiman. Semua gembira menyambutnya dengan ..alhamdulillah..syukur. Aiman sihat, sempurna dan normal. Selain dari itu dia montel dan comel. Sekarang dia dah 4 bulan. Kenakalan semakin terserlah.